Sunday, April 17, 2011

INSIDEN KERETAPI TERGELINCIR DI TELUK ANSON 1894

Gambar ini menunjukan insiden keretapi tergelincir daripada landasan di Teluk Anson (Teluk Intan) disebabkan oleh seekor gajah liar pada tahun 1894. Yang menariknya koleksi teman ini ialah terdapat 3 keping gambar dari 3 sudut berlainan semasa insiden ini. Banyak rujukan yang ada hanya memaparkan gambar yang pertama sahaja. Terdapat satu cop di belakang pada ketiga tiga gambar ini iaitu milik 'Lower Perak Pictorial Committee'. Terdapat juga 3 tandatangan pada cop tersebut.


Gambar pertama diambil dari sudut belakang kepala keretapi yang tergelincir. Kelihatan ada beberapa orang berdiri jauh dihujung sekali di sebelah kiri gambar. Ini dapat dilihat dengan jelas pada gambar kedua.



Gambar kedua ini diambil dari sudut gerabak. Dapat dilihat seorang berdiri di atas bangkai gajah. Di hujung jauh sebelah kiri adalah kepala keretapi yang tergelincir, iaitu dari sudut gambar pertama tadi.



Dan gambar ketiga ini kelihatan seseorang sedang beridiri di atas bangkai gajah liar yang telah ditembak mati.

No comments:

Post a Comment