Thursday, April 25, 2013

Dah lama teman tak update blog teman ni. Hari ni ada masa sikit dan sempena kehangatan PRU 13, teman nak kongsi sedikit bahan kempen PRU terdahulu. Tak ramai collector nak simpan bahan ini sebabnya sukar didapati lagi. Poster dahulu berupakan kertas nipis sahaja dan kalau adapun yang menyimpan kebanyakkannya sudah reput. Yang teman ada ni pun tak banyak dan dah ditelan usia pun.

  Adakah tuan2 berkehendak Tunku sebagai pemimpin Kerajaan? Jika berkehendak undilah Perikatan

 Undilah PAS. Pilihanraya tahun 1959


 Logo rasmi Parti Perikatan


 Calon dari Parti Sosialis Rakyat Malaya


 Manifesto PSRM


Lencana Kereta Parti Perikatan


Kesemua bahan kempen di atas ada teman pamerkan di Ipoh Station Antique Cafe untuk tontonan pengunjung.

Tuesday, June 19, 2012


SALMAH BTE ISMAIL a.k.a SALOMA

Sempena pelancaran Buku Saloma pada hari Sabtu 23hb Jun 2012 berikut adalah beberapa koleksi teman untuk dikongsikan bersama peminat2 bg mengembalikan nastolgia Biduanita Negara yg telah meninggalkan suatu khazanah yg tidak ternilai kepada generasi kita.


Potraits






MAGAZINES

Beberapa buah koleksi majalah sekitar 1950an-1960an

Filem Malaysia



Bintang

Arena Filem

Fesyen



Mastika Filem



VINYL RECORDS

Piring Hitam 10" (33 rpm)
Dendang Saloma 

Dendang Saloma II

Dendang Saloma III




Piring Hitam 12" (33 rpm)






Kepada yg belum membeli tiket, ayuh ramai2 membanjiri Saloma Bistro, Jalan Ampang KL. Berbaloi cuma RM 298.00 shj.  Dengan nilai ini anda akan dapat Buku Saloma (harga pasaran RM 289.00), CD lagu2 Saloma, makan malam dan show.

Friday, June 8, 2012

SINOPSIS

Hari ni ada kelapangan sedikit untuk menulis blog. Teman nak kongsi bersama peminat2 filem Melayu klasik dan collector2 antik mengenai sinopsis 2 buah filem lagenda Malaya yg ada dalam koleksi teman. Teman muatkan juga 2 buah lagu iaitu Lagu berbagai Bunga (Puteri Gunung Ledang) dan Bunga Tanjung (Mahsuri).


1. Film : 
PUTERI GUNUNG LEDANG

Year : 
1961

Producer : Cathay Keris

Directed by : 
S. Romai Noor

Cast :
Elaine Edley
Mazlan Ahmad
Fatimah Ahmad
Mahmud June
Wahid Satay









2. Film :
MAHSURI

Year : 
1959

Producer :
 Keris Filem Productions

Directed by : 
B. Narayan Rao

Script : 
Tunku Abdul Rahman

Cast :
Kasma Booty
Nordin Ahmad
S. Romai Noor
Song : Bunga Tanjung









Monday, May 21, 2012

PELANCARAN BUKU SALOMA

Pelancaran Buku Saloma yg ditulis oleh Seniman Ahmad Fauzee akan dijadualkan pada Sabtu 23hb Jun 2012 jam 8.30pm di Bistro Saloma Jalan Ampang KL. Tiket berharga RM 298.00. (lihat pakej di bawah) Tempahan awal digalakkan.



Kepada peminat2 sekelian, Seniman dan Seniwati Veteran, juga hadir. Tempat adalah terhad. 300 pax shj. Sila buat tempahan awal.

Monday, April 23, 2012

MOKHTAR DAHARI

"SUPER MOKH" itulah gelaran rakyat Malaysia kepada beliau berikutan kehandalan beliau bermain bola sepak. Dalam era 70an Pasukan Malaysia amat dihormati di Asia terutamanya Korea Selatan dan Jepun. Sepanjang karier, beliau telah menjaringkan sebanyak 320 gol. Paling teman tak lupa apabila beliau menjaringkan gol penyamaan 1-1 ketika menentang England B di Stadium Merdeka pada tahun 1978. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Julai 1991  . Sehingga kini Super Mokh masih diingati dan sukar dicari ganti.

Pin up Poster dari Majalah Varia Pop




Friday, April 13, 2012

YANG DIPERTUAN AGONG KE-7

Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar RiAyatuddin Al-Mu'adzam Shah, Sultan Pahang dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong pada 25hb April 1979 dan ditabal menjadi Yang DiPertuanAgong ke-7 pada 10hb Julai 1980


Utusan Melayu 11hb Julai 1980
 



Pada 25hb April 1984 genaplah 5 tahun pemerintahan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong ke-7














Cenderamata berbentuk pinggan sempena hari keputeraan Baginda yang ke 77 pada 24hb Oktober 2007


Wednesday, April 11, 2012

YANG DIPERTUAN AGONG KE 14


HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini 11hb April 2012, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan Yang diPertuan Agong yang ke-14. Baginda juga mencatatkan sejarah tanahair apabila telah dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong buat kali ke 2. Pada 23hb Julai 1970 Baginda telah dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong ke-5 dan istiadat pertabalan telah disempurnakan pada 21hb September 1970. Berikut adalah buku istiadat pertabalan yg telah dicetak pada Febuari 1971.









Baginda telah diputerakan pada 28hb November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada 14hb Julai 1958. Berikut adalah Album DiRaja Baginda yg menjadi koleksi teman.


Baginda telah berkahwin dengan Tuanku Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada bulan Mac 1956. Tuanku Bahiyah adalah Puteri sulung kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang juga Yang DiPertuan Agong yang Pertama.